03 October 2021

Sesi Evening Talk KKGAMB bersama Tuan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.


Antara Isu Yang Kami Bawa kepada YBrs. Pengarah BPI hari ini:

1. Laluan kerjaya Guru j-QAF sbg pentadbir sekolah. Hingga gred matang mereka sudah mencecah DG48. Peluang harus dibuka utk mereka mewarnai kecemerlangan institusi pendidikan.

2. Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) berkaitan norma GPI di sekolah sewajarnya dipatuhi oleh pentadbir dlm pengoperasian sekolah. Memberi tugas PdP bagi subjek lain menyalahi norma penempatan mereka dan boleh menghilangkan hak kemajuan kerjaya dlm mengisi laluan naik pangkat apabila tiba masanya. Kerana kekananan seseorang guru amat berkaitan dgn tempoh opsyen yang dipraktikkan bagi mengisi jawatan Guru Cemerlang.

3. Laluan kerjaya Guru Tahfiz sebagai PGB perlu dipertimbangkan. Sebahagian mereka telah mencapai tahap matang utk mengisi jwt naik pangkat.

Jawatan GPK Tahfiz dicadangkan sbg laluan kerjaya sebelum menjadi pentadbir institusi.

4. Pembangunan Institusi Agama seharusnya diletakkan secara inklusif dan dikembalikan fungsinya kpd BPI dan SPI supaya proses pembangunan SMKA, KAA dan SABK lebih berfokus di masa hadapan.

5. JK Audit Perjawatan GPI/GBA/GDini/GTahfiz perlu difungsikan semula bagi menangani isu-isu perkhidmatan dan kebajikan guru-guru berkenaan.

Presiden KKGAMB

3 Oktober 2021, KOTA BHARU.

No comments:

Post a Comment