Entah dari siapa catatan ini, tapi cukup terkesan di hati. Terima kasih kepada penulis asal.
____________________________________________________________
SELAMAT KEMBALI KE SESI PERSEKOLAHAN 2021 SAHABAT² GURU SEMUA
Anda guru HEBAT & TERBAIK!
Banyakkan berinteraksi dengan Allah, hilangkan kekusutanmu GURU .
1. Apa saja cadangan tentang PdPR yang bakal kita laksanakan, ucapkan " Allahu Baari', Allah sebaik perancang, maka rancangkanlah kerja buat kami untuk anak didik mengikut panduan dan hidayahMu" Cukup, jangan bebani perasaan dan fikiran kita dengan ucapan-ucapan negatif yang melemahkan semangat. Cadangan yang baik kita jadikan panduan, jika sebaliknya kita bina sempadan.
2. Yakinlah dengan diri kita. Kita punya perasaan istimewa kepada anak didik. Hanya cikgu sahaja dapat rasa perasaan kasih sayang yang sangat dalam, memberi tanpa syarat, ajar sampai pandai, risaukan masa depan, mengalir air mata melihat result exam. Suburkan ia dan simpan baik-baik dalam hati, hanya inilah penguat dan motivasi untuk kita.
3. Buang jauh-jauh perasaan tertekan, kerana kerja kita bukan untuk puaskan hati manusia tetapi mahu dinilai terbaik di sisi Allah... Itu sahaja.
4. Teruskan usaha, kita yang akan menuai hasilnya. Murid kita, hanya kita sahaja yang kenal dan tahu keperluan mereka. Bersengkang mata mencari jalan dan panduan, menyiapkan bahan, melabur wang.. Ingat jangan harap orang pandang kerana akhirnya kita akan kecundang.
5. Jiwa guru itu special. Murid kita tak mahu yang canggih-canggih jika nilainya sekadar meterial. Lakukan yang kita suka pasti hasilnya luar biasa. Tak semua macam kita, bersungguh macam kita.. Tak semua.. Tapi jadilah penguat untuk mereka. Mengajar dari jiwa pasti murid kita dapat rasa.
6. Guru tak cari kekayaan, tapi memberi HARAPAN & MASA DEPAN..!!
7. Selalu berbisik pada Allah " Ya Allah, pimpinlah tanganku ini, bantulah diriku menjadi guru yang baik dan bermanfaat untuk ummah"
Selamat berjuang CIKGU, SIR, TEACHER, USTAZ, USTAZAH...
Jiwa kita satu
Darinya terbit ilmu
Istimewanya.. Allah sahaja yang tahu.
Kerana diriku juga GURU!
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaAda
22 Januari 2021