29 January 2022

TAKZIAH, SEMOGA TABAH DALAM MELALUI UJIAN ALLAH INI.


al-Fatihah, Takziah! Atas pemergian Ustazah Raihan binti Mohamad (GPI, SK Aring, Gua Musang) dalam kemalangan maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki dirempuh sebuah pacuan empat roda (4WD) yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di simpang lampu isyarat susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR), KM2, Jalan Lebu-Mempaga, Bentong, Pahang. Semoga rohnya dicucuri Rahmat.

17 January 2022

 

Tahniah!! 
Atas pelantikan YBrs. Hj. Saipul Bahri bin Abd. Manaf (Mantan Pengetua, SMKA Melor) sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Kota Bharu yang baharu. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah


Terima kasih!! Di atas sumbangan ikhlas barisan GPI dan GBA negeri Kelantan yang telah menyumbangkan Sumbangan Bantuan Pasca Banjir masing-masing dengan jumlah terkumpul sebanyak RM10,000. Semoga sumbangan kalian bakal mendapat ganjaran pahala yang setimpal di sisi Allah SWT. Amin!!

12 January 2022

Town Hall KKGAMB; "Inspirasi & Aspirasi Masa Depan GPI & GBA"

 

Town Hall KKGAMB; "Inspirasi & Aspirasi Masa Depan GPI & GBA" akan dianjurkan pada 15 Januari 2022 ini  bagi merangka perancangan strategik KKGAMB Cawangan Kelantan dengan mendengar pandangan dalam kalangan ahli kepimpinan tentang isu-isu berkepentingan awam yang berkaitan dengan Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru Bahasa Arab (GBA) secara tuntas demi meneroka masa depan KKGAMB yang lebih baik. InsyaAllah.